Minit Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Taman Bidara Emas Kali Ke-1
- Taman Bidara Emas
- Dec 19, 2017
- 1 min read
Updated: Dec 21, 2017
Tarikh : 9 Disember 2017(Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya Kampung Air Hitam Darat

AGENDA-AGENDA YANG DIMESYUARATKAN
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua AJK PPTBE yang hadir. Pengerusi juga mengucapkan taniah kepada semua AJK yang dilantik dan berharap semua AJK dapat memberikan kerjasama untuk menguruskan perjalanan Persatuan Penduduk Taman Bidara Emas.
2. Pendaftaran Ahli
Mesyuarat sebulat suara bersetuju keahlian PPTBE bermula pada Januari 2018 dan surat/borang keahlian berserta buku undang-undang tubuh hendaklah diedarkan kepada semua penduduk sebelum 20/12/2017 dan borang tersebut hendaklah dipulangkan kembali kepada setiausaha PPTBE pada atau sebelum 29/12/2017.
Tindakan: Setiausaha PPTBE
3. Pengagihan Tugas Kepada Semua AJK
1. Syed Muhammad Shukrrillah Bin Syed Hashim
Biro Teknologi Maklumat
2. Mohd Hasikin Bin Ismail
Biro Agama
3. Mohd Hafiz Bin Hussfin
Biro Sukan
4. Md Shahruddin Bin Othman
Biro Keselamatan
5. Mohd Saiful Mohd Nor
Biro Kebudayaan
6. Abd Hanif Bin Mad
Biro Kebersihan dan Keceriaan
7. Baitulhusna Nasyarah Binti Md Nor
Biro Ekonomi
8. Salsabila Binti Sauly
Biro Hal Ehwal Wanita
4. Pembukaan Buku Akaun PPTBE
Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuka akaun PPTBE di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah. Tiga jawatan diberi kuasa untuk menguruskan akaun PPTBE iaitu Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari. Hanya 2 dari 3 jawatan tersebut diperlukan dalam satu-satu urusan.
Tindakan: pengerusi, Bendahari
dan Setiausaha PPTBE
5. Permohonan Pembinaan Surau
Pengerusi meminta AJK Biro Agama menyediakan kertas kerja untuk pembinaan surau Taman Bidara Emas. Kertas kerja tersebut perlu disertakan dengan pelan bangunan.

Comments